Darurat bencana di Emilia Romagna, Itali

ROME: Kerajaan Itali akan mengisytiharkan darurat bencana di Emilia Romagna pada mesyuarat Kabinet Selasa depan berikutan banjir yang mengakibatkan sembilan orang terbunuh di wilayah utara itu, Menteri Keselamatan Alam Sekitar dan Tenaga Gilberto Pichetto berkata pada Khamis.

Kerajaan juga akan melaksanakan langkah kecemasan awal yang diumumkan pada Rabu, termasuk pembekuan gadai janji dan kutipan cukai, Agensi Berita Itali (ANSA) memetik menteri itu sebagai berkata di Rai Radio 1.

Pada Selasa dan Rabu, Emilia Romagna dilanda gelombang hujan lebat baharu yang dikaitkan dengan krisis iklim, menerima hujan sehingga 500 mm – separuh daripada purata hujan tahunan – turun dalam masa 36 jam di sesetengah tempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.